Fotografi merupakan salah satu dari cabang seni. Kamera ialah perkakasan untuk menghasilkan sebuah karya seni sama seperti pelukis yang menggunakan berus untuk sebuah lukisan. Jika anda penah meneliti gambar-gambar yang memenangi pertandingan foto yang berprestij sesebuah gambar mempunyai maksud yang mendalam yang diterjemahkan melalui komposisi sudut, pencahayaan dan warna yang sempurna. Senarai di bawah adalah 15 foto termahal di dunia yang telah terjual dan ada beberapa gambar dihasilkan oleh jurugambar yang sama. Mungkin ada yang skeptikal melihat gambar-gambar yang tidak kelihatan mahal tetapi jika membaca semula profil jurugambar serta penerangan setiap gambar, siapalah kita untuk mempertikaikan penilaian subjektif sesebuah karya seni. Hanya jauhari mengenal manikam.
15. Joueur d’Orgue oleh Eugène Atget. Dijual pada April 2010 dengan harga: $686,500.
Gambar ini adalah salah satu dari sini gambar ‘Picturesque Paris’ yang dihasilkan oleh Atget pada penghujung 1809. Gambar ini memaparkan pemain organ di sebuah jalan di Paris. Pemain-pemain muzik pada masa tersebut berperanan seperti surat khabar. Lagu-lagu yang dihasilkan mereka sering diilhamkan dari peristiwa-peristiwa semasa dan secara tidak langsung mereka menyebarkan berita dan idea kepada masyarakat.
14. One oleh Peter Lik. Dijual pada Disember 2010 dengan harga $1,000,000.
Gambar ini diambil oleh jurugambar lanskap Auralia, Peter Lik dan telah dibeli oleh seorang pengumpul seni yang dirahsiakan namanya. Gambar ini diambil di tebing Sungai Androscoggin di New Hampshire selepas waktu subuh. Hanya satu cetakan ‘One’ dikeluarkan. Menurut Lik, beliau melihat refleksi gabungan pokok birch putih, pepohon kehitaman dan kaleidoskop dedaun yang menghasilkan ilusi tiga dimensi mengkagumkan. Gambar ini diambil dengan sekali petikan.
13. Nautilus oleh Edward Weston. Dijual pada April 2010 dengan harga $1,082,500.
Nautilus adalah foto hitam-putih yang diambil oleh Edward Weston pada tahun 1927 yang menunjukkan sebuah cengkerang nautilus dengan latar belakang yang gelap. Foto ini dikatakan “tanda aras kemodenan dalam sejarah fotografi.”
12. Dovima with elephants oleh Richard Avedon. Dijual pada November 2010 dengan harga $1,151,976.
Gambar Dovima with elephants diambil di Cirque d’hiver, Paris pada August 1955. Gaun yang dipakai oleh Dovima merupakan gaun malam pertama direka untuk Cristian Dior oleh pembantunya Yves Saint-Laurent.
11. Untitled (Cowboy) oleh Richard Prince. Dijual pada November 2005 dengan harga $1,248,000.
Gambar ini bukanlah gambar asli dari sebuah kamera. Untitled adalah sebuah gambar yang diambil semula (rephotograph) dari gambar original oleh Sam Abell untuk sebuah iklan rokok Malboro Man.
10. Georgia O’Keeffe Nude oleh Alfred Stieglitz. Dijual pada Februari 2006 dengan harga $1,360,000.
9. Georgia O’Keeffe (Hands) oleh Alfred Stieglitz. Dijual pada Februari 2006 dengan harga $1,470,000.
O’Keeffe mula mendapat perhatian oleh komuniti seni di New York pada 1916. Pada masa tersebut wanita dilarang dari mempelajari seni di kolej dan universiti di Amerika. O’Keeffe mula menghasilkan lukisan seni abstrak mulai 1910 dan dalam tempoh sedekad beliau telah meletakkan dirinya sebagai artis penting dan ikon dalam seni lukisan moden. Kedua-dua gambar (Georgia O’Keeffe Nude dan Georgia O’Keeffe (Hand)) diambil oleh suaminya Alfred Stieglit.
8. Nude oleh Edward Weston. Dijual pada April 2008 dengan harga $1,609,000.
Gambar ini adalah salah satu dari siri gambar Nude diambil pada 1925. Gambar ini hanya menunjukkan bahagian belakang badan, punggung dan bahu supaya identiti empunya badan tidak dikenali. Foto ini digambarkan sebagai “a timeless, formal simplicity that suggests a poetic rendering of a cloud formation in the sky” dan juga “almost like a stark landscape”.
7. Tobolsk Kremlin oleh Dmitry Medvedev. Dijual pada Januari 2010 dengan harga $1,750,000.
Gambar ‘Kota Kubu’ Kremlin di bandar Tobolsk, Russia diambil oleh Presiden Russia, Dmitry Medvedev. Harga lelongan gambar ini telah mengatasi harga lukisan bekas presiden Vladimir Putin yang dijual dengan harga $1,200,000.
6. Billy the Kid oleh Tidak Diketahui. Dijual pada Jun 2011 dengan harga $2,300,000.
William H. Bonney (23 November1859 – 14 Julai 188) lebih dikenali sebagai Billy Kid atau Henry Antrim, yang merupakan penembak abad ke-19 Amerika yang menyertai Perang County Lincoln. Menurut legenda, dia telah membunuh 21 orang tetapi maklumat lain menyatakan dia hanya membunuh diantara empat dan sembilan orang sahaja. Gambar di atas (dipercayai satu-satunya gambar Billy Kid yang masih wujud) diserahkan sendiri oleh Billy kepada rakannnya Dan Dedrick dan telah menjadi harta milik keturunan Dendrik sehingga ia dijual.
5. Untitled #153 oleh Cindy Sherman. Dijual pada November 2010 dengan harga $2,700,000.
Karya Sherman ini berketinggian enam kaki dicetak menggunakan warna chromogenic. Ia memaparkan seorang artis sebagai mayat yang berlumuran lumpur.
4. The Pond-Moonlight oleh Edward Steichen. Dijual pada Februari 2006 denga harga $2,928,000.
Gambar ini diambil pada 1904 di Mamaroneck, New York berhampiran rumah sahabat Steichen iaitu Charles Caffin yang juga seorang pengkritik seni. Gambar ini adalah antara gambar terawal untuk fotografi berwarna mendahului teknik foto berwarna yang lebih popular: 1907 autochrome. The Pond-Moonlight telah dihasilkan secara manual dengan menggunakan gumi peka-cahaya (light-sentitive gums).
3. 99 Cent II Diptychon oleh Andreas Gursky. Dijual pada Februari 2007 dengan harga $3,346,456, November 2006 dengan harga $2.48 juta (cetakan kedua) dan May 2006 dengan harga $2.25 juta (cetakan ketiga).
Jika dijumlahkan kesemua lelongan gambar ini adalah gambar temahal yang pernah dijual dengan jumlah harga $8.07 juta. 99 Cent II Diptychon menceritakan suasana di sebuah pasar raya. Dengan mengurangkan dan meluaskan ruang antara baris, gambar ini memberikan perasaan yang hebat dan luar biasa. Penonjolan warna yang ditekankan dalam gambar 99 Cent II Diptychon menggambarkan taktik pemasaran yang berkesan oleh penjual kepada pembeli.
2. Untitled #96 oleh Cindy Sherman. Dijual pada May 2011 dengan harga $3,890,500.
Gambar ini menurut pelelong (tidak diterjemahkan untuk mengelakkan kesilapan penyampaian maksud sebenar):
Sherman adopted the personae of a teenage girl in this large, almost life-size photograph – lying supine on the floor, clutching a page torn from the newspaper classifieds. Who is this girl? Why is she lying on the floor? Is she scheming to find true love, or the brokenhearted victim of a failed love affair? The work exudes shock and confrontation through its scale and the boldness of Sherman’s tight compositional framing, yet the figure at the work’s center is also endearing and curiously vulnerable. Sherman places these conflicts at her work’s very heart, as she questions, not only the medium of photography, but also our wider assumptions about gender and truth in the modern world… The girl in the gingham dress does not meet our gaze but instead looks off into the middle distance, as if distracted by dreams of an unrequited love affair or a romance that is still a figment of her imagination. However her schoolgirl naivety is betrayed by her freshly painted blood red nails, heavily rouged cheeks and bright red lipstick – all signs of burgeoning sexuality, all enhanced by the provocative upturned hem of her skirt…
1. Rhein II oleh Andreas Gursky. Dijual pada 8 November 2011 dengan harga $4,338,500.
Gambar termahal ini dihasilkan pada 1999. Ia adalah gambar kedua (juga terbesar) dari enam gambar yang menggambarkan Sungai Rhein. Perincian gambar yang minimalis bukan terhasil secara kebetulan. Ia telah disunting secara digital untuk menghilangan gambar asal seperti anjing dan bangunan kilang. Rhine II telah dicetak pada saiz 350cm x 200cm.
Jika anda ingin tahu kenapa dan bagaimana gambar ini boleh dijual sebegini mahal baca kritikan mengenai gambar Rhein II oleh The Telegraph, Ken Rockwell dan Jakob Schiller (Wired).
Sumber utama Wikipedia
Komentar Terbaru